Nama penuh persatuan ini ialah Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).Ia telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada bulan Ogos 1996.No. Pendaftaran: PPM-008-14-26041996.
Alamat: Ibu Pejabat, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur.
Unit Penerbitan, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, No. 42A, Jalan Padang Belia Off Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur.
Persatuan ini juga bersifat kebangsaan. Justeru setakat ini ia mempunyai cawangannya di 5 buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Sabah dan terdapat 3 buah Pusat Kegiatan PERTIS aiitu di Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.
Persatuan ini sememangnya sedang meluaskan cawangannya di negeri-negeri lain. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada permintaan golongan sasar di negeri-negeri berkenaan. Persatuan ini ditadbir oleh badan yang dikenali sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK Pusat). Untuk senarai penuh dan terkini AJK Pusat PERTIS, sila rujuk lampiran.
Setiap AJK Pusat pula akan mengetuai jawatankuasa kecil yang dikenali sebagai Biro dan boleh melantik AJK Kecil untuk setiap biro. PERTIS di peringkat negeri pula ditadbir oleh 6 ahli jawatankuasa PERTIS peringkat negeri yang diketuai oleh pengerusi.
Pada masa ini, ibu pejabat PERTIS pusat mempunyai 7 orang kakitangan. Yang Berbahagia Datuk Zamani bin Sulaiman (Setiausaha Dewan Negara, Parlimen Malaysia) merupakan Penasihat kepada persatuan ini.
Untuk memastikan maklumat terkini sampai kepada pengetahuan ahli dan masyarakat, maka persatuan telah menyediakan talian info yang boleh diakses 24 jam sehari. Info yang diketengahkan akan bertukar setiap minggu. Talian Info yang dimaksudkan ialah 03-40223950.
No. Akaun: Bank Islam Malaysia Berhad, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (1401 4010 08699 2)
Perkhidmatan dan Aktiviti Utama
Program pembangunan Al-Quran Braille:
a. Mencetak Al-Quran Braille untuk diedarkan kepada golongan buta.
b. Majlis Tilawah Al-Quran Braille (MTQB) Peringkat Kebangsaan
(Tahunan)
c. Mengadakan kelas:
i. Pelajaran jawi braille
ii. Pengajian al-Quran Braille
Program Pendidikan:
a. Mencetak buku-buku keagamaan.
b. Mentranskripsi buku teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia
i. KSSR Pendidikan Islam
ii. KSSR Bahasa Arab
iii. KSSM Pendidikan Islam
iv. KSSM Bahasa Arab
c. Mengadakan kelas:
i. Bahasa arab
ii. Kelas keagamaan
iii. Kelas feqah untuk saudara baru
d. Karnival Kesenian Islam (dwi Tahunan)
Pembangunan Modal Insan:
a. Menjalankan aktiviti-aktiviti bersempena dengan hari-hari kebesaran
Islam, seperti sambutan maulidul Rasul, sambutan Maal Hijrah, sambutan
isra’ mikraj, majlis berbuka puasa, sambutan dan jamuan hari raya dan
sebagainya.
b. Menganjurkan majlis ceramah, motivasi dan sebagainya.
c. Mengadakan kursus untuk meningkatkan tahap profesionalisma
khususnya untuk kakitangan awam dan swasta dalam kalangan ahli
PERTIS.
d. Menjaga kebajikan dan kepentingan golongan buta dan ahli.
e. Menguruskan hal ehwal saudara baru OKU penglihatan.
Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)
[email protected] ; [email protected]Email | |
www.pertis.com.myWebsite | |
+603-40212631Phone Number | |
+60134315539Phone Number | |
+603 40254 862Fax Number | |
Established since 1996Year of Establishment | |
PPM-008-14-26041996Registration Number | |
134-1, TAMAN SRI SETAPAK, JALAN GOMBAK, 53300 KUALA LUMPUR Address |