About

REDHA atas kejadian Tuhan
IKHTIAR untuk terus Berjaya
PASRAH atas segala ketentuan Tuhan
Description
Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) ialah sebuah organisasi bantu diri peringkat Negeri yang dikawalselia oleh orang Pekak sendiri. POPT ditubuhkan pada 26 Julai 2000 dengan mengunakan namanya Persatuan Kebajikan Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT)

PKOCPT secara rasminya ditukar kepada POPT didaftarkan pada tahun 2009 di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan nombor pendaftarannya ialah 904.POPT telah diberikan mandat untuk mewakili komuniti Pekak di Negeri Terengganu dalam memperjuangkan hak asasi dan keperluan serta menyelaraskan program dan aktiviti pembangunan orang Pekak.

POPT juga telah diterima bergabung dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) yang bernaung dibawah World Federation of the Deaf (WFD) dan WFD turut bernaung di bawah United Nation. POPT berazam mewujudkan komuniti Pekak yang berwibawa, berdaya saing di bidang pendidikan, sosial, ekonomi dan kerjaya sejajar dengan matlamat negara.

Kini persatuan orang pekak Terengganu mempunyai keahlian yang berdaftar seramai 358 orang.

Mission

1.Membantu dan mencari peluang kemudahan seperti rawatan kesihatan , 2.pendidikan, latihan kemahiran, pekerjaan untuk ahli-ahli persatuan.
3.Pengerak aktiviti sosial serta memberi bimbingan akhlak dan juga ilmu pengetahuan melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak persatuan.
4.Membela dan memperjuangkan untuk warga pekak bagi mendapatkan hak meraka sebagai seorang rakyat Malaysia.
5.Mempromosikan budaya warga pekak dan bahasa isyarat Malaysia sebagai bahasa ibunda bagi warga pekak Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.
6.Bergabung dengan badan-badan kebangsaan yang objektif utamanya ialah untuk memajukan warga pekak.

Learn More

Persatuan Orang Pekak Terengganu

Tg. Arman Harissa bin Tg. Ismail Contact Person
[email protected] Email
https://www.facebook.com/pages/Persatuan-Orang-Pekak-Terengganu-POPT/383181631699849Website
+609 6223 430 Phone Number
Established since 2000Year of Establishment
904 Registration Number
JKR No. 430, Jalan Pandan Pantai Batu Buruk 20400 Kuala Terengganu TerengganuAddress
Visit Us