Seni Beladiri Melayu telah wujud sebelum kehadiran pengaruh luar di alam Melayu yang dikenali sebagai Ilmu Hulubalang atau Ilmu Parajurit yang menjadi penting untuk mengkuhkan pertahanan kerajaan Melayu tradisi seperti kerajaan Melayu Champa, Kemboja, Langkasuka, Kedah Tua dan Pattani yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu.

Sejak kejatuhan kerajaan Melayu Tradisi di Semenanjung, silat telah terpinggir daripada istana dan pertahanan negara telah diperkenalkan dengan sistem pertahanan barat. Orang perang dan pahlawan telah kembali ke desa dan terus mengembangkan Ilmu Seni Perang Melayu atau institusi pendidikan kepahlawaan Melayu. Bagi mengelakkan ilmu kepahlawanan itu daripada pengetahuan penjajah lalu dijadikan satu permainan tradisi yang didalamnya terdapat serang dan beladiri, dinamakan Silat.

Oleh sebab silat ini diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang bersempadan dengannya, maka dinamakan Silat Melayu. Oleh sebab ramai ulama yang mengajarkan silat terdiri daripada orang Pattani yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu maka Silat Melayu tersebut dikenali sebagai Silat Patani.

Kurikulum Silat Gayung Fatani adalah berdasarkan kandungan pelajaran Silat Melayu yang diasaskan Syeikh Abdul Rahman Tahir. Kemudian kurikulum ini disusun oleh Tn. Haji Anuar Bin Abd Wahab.

Sheikh Abdul Rahman menurunkan ilmu Silat Melayu kepada anaknya juga seorang guru agama iaitu Haji Ramli bin Abdul Rahman yang dikenali sebagai Tok Yah Ramli. Syeikh Abdul Rahman juga mengajar kepada beberapa murid yang lain termasuk Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali.
Tuan Haji Anuar

Pak Teh Ali kemudian menurunkan ilmu ini kepada Haji Imam Mansor Bin Ismail. Kemudian Haji Imam Mansur menurunkan ilmu kepada Pak Andak Embong kemudian menurunkan ilmu ini kepada Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab pada tahun 1965. Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab kemudiannya melengkapkan pelajaran silat dengan Tuan Haji Ramli Bin Abdul Rahman. Dan sekarang ini merupakan Pengasas dan Guru Utama, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia

Anak murid Haji Ramli Bin Abdul Rahman bernama Haji Abdullah Darus dan Haji Mat Isa(Awang Pendekar) telah membuka dan mengembangkan ilmu persilatan ini ke Batu Kurau, Perak dalam tahun 1948. Diantara anak murid Haji Mat Isa ialah Mohamad bin Mahat(Pak Long Aji).Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali telah melahirkan Guru Tua Seni Gayung Fatani Perak iaitu Tuan Haji Imam Mansur Bin Ismail. Pak Andak embong, Guru Tua negeri Selangor telah melahirkan Tuan Haji Anuar Abd Wahab selaku Guru Utama dan Pengasas pertubuan ini.

Tuan Haji Anuar Abd Wahab telah melahirkan guru-guru kanan seperti Tuan Haji Ismail Saad(Pulau Pinang), Abdul Rahman Ismail, Roslan Salam(Selangor), Zaihan Mohd Isa, Haji Khairuddin(Kelantan), Aminnuddin Anuar, Azi Wahija Yop(Antarabangsa), Wan Jaafar Wan Zainal(Terengganu), Masliza(Guru Wanita), Haji Khalid dan Rosman(Melaka), Zulbairi(Perak), Bambang(Negeri Sembilan), Zakaria(Thailand) dan lain-lain yang menjadi guru peringkat negeri seperti, Halim(Perlis), Mazlan(Kedah), Mohd Arif(Melaka) dan Mazlan(Johor). Belia juga telah melahirkan jurulatih peringkat antarabangsa.

*Klu ada salah dan silap sila tegur Tuan Hamba…!

Learn More

Persatuan Seni Gayong Fatani Malaysia

Aziwahija bin YeopContact Person
berandamadina.wordpress.com/Website
+6012 6674 194Phone Number
2678, Taman Mesra, Kajang, SelangorAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati