PAPISMA adalah merupakan nama ringkas untuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2004 dengan dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan.

PAPISMA sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah serta sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Qur’an dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Sehingga kini PAPISMA telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang penjagaan kesihatan melalui pelbagai kaedah seperti rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.
Berpegang kepada moto pertubuhan : Berilmu, Beramal dan Bertaqwa, maka kini PAPISMA sedang mengorak langkah untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan fiqh perubatan selaras dengan ILMU di dada kami, untuk dikongsi dan di AMALkan dalam rangka membina masyarakat dan insan yang berTAQWA.

MISI

Menjadi sebuah NGO kesihatan yang ahlinya dilengkapi dengan ilmu kemahiran kepakaran. Seterusnya dapat menaikkan imej sebagai sebuah organisasi Islam di dalam masyarakat.

VISI

Ke arah sebuah organisasi yang melahirkan tenaga kesihatan yang bermotivasi tinggi dan lengkap dengan kemahiran professional, beramal dengan kesihatan menyeluruh, akhirnya menjadikan organisasi ini meneraju profesyen perubatan yang boleh mengubah dunia perubatan ke arah lebih sejahtera.

OBJEKTIF

  1. Untuk mempereratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dan muhibbah di kalangan tenaga-tenaga amal dalam perubatan.
  2. Memperjuangkan dan mengenengahkan pandangan dan buah fikiran tenaga-tenaga kesihatan terhadap isu-isu kesihatan dan isu-isu semasa yang lain.
  3. Menggabungkan tenaga-tenaga kesihatan yang merangkumi semua bidang kesihatan supaya boleh mewujudkan suasana perawatan yang lebih ideal dan holistik.
  4. Membantu meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan dan sektor kesihatan terutama di kawasan pedalaman sehinggalah ke peringkat nasional melalui aktiviti-aktiviti kebajikan, kesedaran kesihatan, penulisan-penulisan akademik, kenyataan media dan lain-lain.
  5. Membimbing ahli dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan di Malaysia melalui berbagai kaedah yang ada seperti media, rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.
  6. Membuat perhubungan dan kerjasama atau bergabung dengan mana-mana Pertubuhan berdaftar peringkat nasional atau antarabangsa yang mempunyai tujuan yang selari dengan Pertubuhan ini.
  7. Berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah dan sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Quran dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Learn More

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

[email protected]Email
papisma.orgWebsite
+603-61861270Website
Established since 2004Year of Establishment
PPM-005-10-28092004Registration Number
No 3B, Jalan SG 3/16, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, SelangorAddress
Visit Us
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati