Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak Darul Ridzuan telah ditubuhkan pada tahun 1988. Pertubuhan ini telah di asaskan oleh Allahyarham Zaharuddin bin Mohd Rafei atau lebih dikenali dgn nama ONIE MORAZA sempena ” Manifestasi Bangsawan ” yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Pada tahun 1988 Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah mendapat tempat ketiga dengan mempersembahkan teater bangsawan berjodol ” Senja Merah Di Belukar Sambang ” . Pada tahun 1989, Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah mendapat tempat kedua dengan membawa teater bangsawan berjodol ” Bunga Saktimuna “. Pada tahun 1990, Manifestasi Bangsawan yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah mendapat kategori persembahan terbaik dengan membawa jodol ” Gugurnya Melati Pujaan Tumasik “. Lain-lain karya yang telah dipentaskan antaranya Tanah Abang, Inflakasta, Imbas, Dabus, Wan Cik Gondah dan banyak lagi.

Memandangkan persembahan bangsawan agak kurang mendapat galakan daripada pihak tertentu, Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak masih terus aktif dengan pementasan teater moden. Kini Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah diterajui oleh Rosenah Shamsulaman setelah Onie Moraza telah selamat kembali ke rahmatullah.

Mission

Menghidupkan teater & bangsawan utk tatapan generasi baru

Awards

Pengarah terbaik tahun 1990

Pelakon wanita terbaik 1989 / 1990

Persembahan terbaik 1990

Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak Darul Ridzuan

Nazir Bin Mohd ItamContact Person
019 556 4015Phone Number
013 451 0121Phone Number
K 25C, Hala Kepayang 3,Kg. Kepayang, Fair Park, 31400 IpohAddress
Visit Us

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati