Pertubuhan Baitul Aini adalah sebuah pertubuhan yang berorientasikan kebajikan bagi memelihara nasib anak-anak yatim dan miskin melalui pendidikan yang berteraskan Islam. Pertubuhan ini ditubuhkan khusus untuk mendidik dan membela nasib anak-anak yatim dan miskin bagi menyediakan mereka menghadapi cabaran di masa akan datang. Pertubuhan ini mempunyai pusat jagaan anak yatim di Ipoh, Perak yang mempunyai kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Perak. Pusat jagaan ini dinamakan Pusat Jagaan Baitul Aini. Pusat jagaan ini telah didaftarkan pada 10 Disember 2008 dibawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan Malaysia 1966, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dengan nombor pendaftaran 2069-08-PRK.

Pada 7 Julai 2013, Pertubuhan Baitul Aini telah membantu penubuhan sebuah pusat pengajian tahfiz di Kuang, Selangor yang didaftarkan di bawah nama Maahad Tahfiz Baitul Aini pada 14 Julai 2014. Pusat tahfiz ini beroperasi dengan sendiri melalui ahli Lembaga Pengarah yang dilantik.

Pertubuhan Baitul Aini berwawasan untuk melengkapkan pusat pengajian Islam Baitul Aini di mana semua jenis masyarakat Islam dapat mempelajari dan berkongsi ilmu agama dan pengajian Al-Quran. Pengajar-pengajar dan penceramah akan berkumpul di pusat ini dan ilmu-ilmu akhirat dapat disebarkan bukan sahaja kepada pelajar tahfiz dan anak yatim Baitul Aini, tetapi juga orang awam terutama warga emas pada masa hadapan.

Oleh kerana Pertubuhan Baitul Aini adalah pertubuhan amal/sukarela yang tidak bermotifkan keuntungan, ia melaksanakan pelbagai aktiviti dan program serta projek pembangunan Islam di atas permintaan orang awam, berdasarkan sumbangan serba sedikit daripada orang ramai, institusi awam dan swasta.

Sejak penubuhan, selain mendidik anak-anak yatim dan miskin, Pertubuhan Baitul Aini juga telah berjaya dan secara berterusan:

  • merealisasikan hasrat pewakaf dan penyumbang untuk membangunkan pusat kebajikan dengan infrastruktur yang lengkap
  • membangunkan surau tahfiz sebagai pusat ibadah dan komuniti untuk orang ramai
  • mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan yang kurang berada
  • melahirkan pekerja atau pengajar yang berkebolehan untuk mengurus pusat kebajikan atau pusat tahfiz
    Semoga dengan kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak akan dapat merealisasikan impian dan hasrat murni yang berterusan ini. Insyaallah.

Objektif Penubuhan

  • Menubuh dan menguruskan rumah kebajikan anak-anak yatim dan miskin menurut perspektif Islam
  • Melahirkan pelajar yang hafaz Al-Quran dan mendalami ilmu hadith
  • Menunaikan tuntutan fardu kifayah
  • Membentuk generasi Al-Muflihun berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah
  • Menanam dan memasukkan kefahaman Akidah Islamiah dalam jiwa pelajar
  • Menjadi pemangkin kepada usaha memperbanyakkan ahli Al-Quran dan ahli Hadith dalam masyarakat Malaysia

Pertubuhan Baitul Aini (MAYBANK) 508319215623

Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini Selangor (MAYBANK) 564566301030

Maahad Tahfiz Baitul Aini (CIMB) 8602252962

Learn More

Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Dan Miskin

[email protected] ; [email protected]Email
www.baitulaini.orgWebsite
+6013-5133454Phone Number
+6012-2427162Phone Number
Established since 2008Year of Establishment
PPM-005-08-12042008Registration Number
PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kampung Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh, PerakAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati