Siapa kami

BEDAYA terus memberi khidmat untuk menyara anak-anak yatim yang dapat menyesuaikan diri dengan peraturan-peraturan, disiplin dan keadaan bangunan baru BEDAYA. Pengurusan dan anak-anak BEDAYA telah mula berpindah ke bangunan tiga tingkat BEDAYA mulai 6 hb. Okt. 2001.

Bangunan baru tiga tingkat BEDAYA ini dapat menampung penghuni sehingga 250 orang. Pengambilannya dijangka dibuat dalam beberapa peringkat. Kemasukan penghuni BEDAYA akan ditapis mengikut status kelayakan menduduki rumah BEDAYA.

Dengan menduduki bangunan baru tiga tingkat ini suasana pembelajaran akan lebih sempurna. Segala kesulitan dan kesesakan tempat dan katil penghuni tidak menjadi masaalah lagi. Penghuni rumah baru BEDAYA kini telah menjangkau 60 orang yang terdiri dari kanak-kanak lelaki dari daerah Kulim dan Bandar Bahru. Pengambilan yang seterusnya dijangka merangkumi seluruh Negeri Kedah.

Aktiviti kami

Berbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak BEDAYA. Objektif-objektif penting aktiviti-aktiviti tersebut di antara lain ialah untuk:-

  • menambah ilmu pengetahuan,
  • melihat dunia luar dengan lebih dekat,
  • menguji daya mental dan fizikal, dan
  • membina nilai-nilai kemasyarakatan yang berfaedah

Keperluan kami

Pembelaan dan pendidikan anak-anak yatim di BEDAYA memerlukan berbagai bentuk sumbangan dari masyarakat. Sumbangan-sumbangan utama yang amat diperlukan adalah seperti:-

  • Tenaga Pengajar — Untuk membimbing para penghuni ke arah mencapai kejayaan dalam apa jua bidang akademik, terutamanya subjek-subjek teras UPSR, PMR, SPM, dan, Al-Quran dan tajwid.
  • Sukarelawan Aktiviti — Untuk mengisi masa lapang para penghuni dengan aktiviti-aktiviti riadah yang dapat memupuk semangat berdaya saing dan kerjasama, dan juga sebagai pencurah kasih-sayang.
  • Makanan dan Minuman — Untuk meringankan beban BEDAYA dari segi perbelanjaan makanan.
  • Wang — Untuk menampung perbelanjaan harian para penghuni yang semangkin meningkat dari tahun ke tahun.

Sebarang sumbangan ikhlas anda juga boleh dialamatkan kepada:-

Pengerusi/Bendahari
BEDAYA

No.3 Jalan Bukit, 09000 Kulim, Kedah.

atau terus dimasukkan ke dalam akaun pertubuhan:

Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Kulim, Tingkat Bawah, No. 8, Taman Manggis, Jalan Kilang Lama, 09000 Kulim Kedah

No. Akaun: 2057010002243

Semoga segala bentuk sumbangan anda dapat membantu BEDAYA untuk terus maju dalam membela dan mendidik anak-anak yatim agar menjadi insan yang berilmu, beriman, dan berdaya saing yang tinggi.

Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim Islam (BEDAYA)

[email protected] ; [email protected]Email
+604 490 2816Phone Number
+604-495 7157 Fax Number
Established since 1991Year of Establishment
PPM-009-02-02111991Registration Number
No. 3 Jln Bukit, 09000 Kulim, KedahAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati