Pertubuhan Jagaan Kasih Kuala Nerang merupakan sebuah pusat jagaan kebajikan dan pendidikan untuk anak-anak yatim, fakir, miskin dan anak-anak asnaf zakat. Pusat Jagaan Kasih ini diasaskan oleh Pertubuhan Amal Kelas Al Quran Negeri Kedah yang telah beroperasi sejak 20 tahun yang lalu. Pusat Jagaan Kasih ini akan mula  beroperasi  pada  1 April 2017 . 

OBJEKTIF

Untuk memberi perlindungan dan pendidikan kepada anak-anak yang dibawah jagaan PJK supaya mereka menjadi anak-anak yang berperibadi mulia, suka membuat bakti di tengah masyarakat dan boleh hidup berdikari di dalam kehidupan.
Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab sosial terhadap anak-anak yatim, memupuk sifat penyayang kepada golongan yang kurang bernasib baik.
MISI

DASAR PENDIDIKAN
Semua Putera dan Puteri Pusat Jagaan Kasih (PJK) akan dihantar ke sekolah bantuan penuh kerajaan. Kelas Fardu ain dan Al-Quran yang diadakan di Pusat Jagaan Kasih dengan kekerapan lima hari seminggu dan dua jam sehari oleh ustazah yang berpengalaman.

Semuua Putera dan Puteri Pusat Jagaan Kasih akan menghadiri kursus atau kem
motivasi dengan kekerapan 2 kali setahun.

VISI

Pusat Jagaan Kasih Kuala Nerang ke arah sebuah Pertubuhan Kebajikan yang
bertanggungjawab dan amanah di dalam kerja-kerja kebajikan kepada anak-
anak yatim dan miskin tanpa mengabaikan apa-apa yang terkandung di dalam Akta kanak-kanak 2001 dan Akta Pusat Jagaan 1993. Menjadi sebuah Pertubuhan Kebajikan yang paling

selamat bagi kanak- kanak amnya atau anak-anak yatim dan miskin khasnya untuk
mendapatkan
perlindungan.

Menjadi sebuah Pertubuhan Kebajikan yang menyediakan kemudahan terlengkap bagi kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim dan miskin khasnya untuk mendapatkan pendidikan dan pendedahan kepada IT dan sebagainya.

Menjadi sebuah Pertubuhan Kebajikan yang paling berkebolehan membentuk akhlak kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim khasnya bagi yang telah mengalami masalah displin atau yang telah terjebak dalam gejala sosial.

Menjadi sebuah Pertubuhan Kebajikan intergrasi bagi kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim dan miskin khasnya terhadap permasalahan yang mereka alami serta membantu menyelamatkan mereka dari penderaan, pencabulan dan seumpamanya dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berusaha menjadi sebuah Pertubuhan Kebajikan yang mendapat pengiktirafan

TEMPAT OPERASI

Pihak pengurusan PJK telah menyewa dua unit rumah yang lengkap dengan semua kemudahan beralamat di No: 177 Lorong 4, Taman Jati, 06300 Kuala Nerang. Rumah ini dipilih kerana berdekatan dengan sekolah Kebangsaan Kuala Nerang di mana semua pelajar akan bersekolah di situ, kawasan yang bersih di sekitar pecan kecil Kuala Nerang juga pelbagai kemudah seperti Bank, pusat kesihatan dan padang permainan. Kadar sewaan RM350.00 seunit

KOS SARA HIDUP

Sumber kewangan adalah daripada sumbangan tetap individu (dermawan) dan tabung pertubuhan amal kelas Al Quran Negeri Kedah. Penaung PJK akan bertanggujawab mengurus hal kewangan PJK.

MODUL PENGURUSAN

PJK akan menerima penghuni seramai 10-15 orang sahaja dalam satu masa yang terdiri daripada anak yatim, anak fakir miskin, anak asnaf zakat.
Semua perbelanjaan sara hidup semasa tinggal di PJK akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak PJK (persekolahan, tiusyen, pengajian fardhu ain, kesihatan dan kecemerlangan)
Seramai 06 orang (warden, pengajar,pentadbir) tinggal di PJK
Kurikulum di PJK adalah berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia seperti:
•Sembahyang berjemaah.
Dengan mendisiplinkan pelajar dalam menghayati sembahyang lima waktu, akan dapat melahirkan pelajar yang sangat berdisiplin dalam kehidupan mereka dan generasi yang didisiplinkan mereka melalui sembahyang inilah yang akan dapat melahirkan orang yang berguna ditengah masyarakat.

•Kelas Pengajian
Pelajar diajar dengan berbagai ilmu yang berguna untuk kehidupan mereka. Pelajar disini diberi ilmu tentang feqah, tauhid, tasauf, matematik, bahasa arab, bahasa inggeris dan lain-lain lagi.

•Kelas Al Quran
Pelajar akan diberi latihan membaca al-Quran pada setiap hari terutamanya selepas maghrib. Semua pelajar dihantar ke kelas KAFA

•Latihan Kemahiran
Untuk menjadikan pelajar yang boleh berdikari, pelajar-pelajar diberi ilmu kemahiran pada setiap hujung minggu.

•Lawatan
Untuk melahirkan pelajar yang matang, berpengetahuan luas serta tahu hal-ehwal semasa, pelajar akan dibawa membuat lawatan ke merata tempat seperti muzium, tempat bersejarah, universiti, kilang dan lain-lain.

•Persembahan dan Kebudayaan
Mungkin ada dikalangan pelajar yang berminat dalam bidang kebudayaan, maka kami ada menyediakan kelas latihan alat muzik qasidah dan nasyid pada setiap hujung minggu.

•Majlis Tahlil dan Doa
Pelajar juga diajar supaya boleh membaca tahlil dan doa supaya mereka berani tampil ketengah masyarakat memenuhi jemputan dari individu yang ingin membuat majlis doa selamat.

Keperluan Bulanan ( RM 5,000.00)

•Makanan Asas : RM 500.00
Beras, tepung, gula, minyak, susu, teh, kopi, mihun, nescafe, milo, sirap, oren, susu pekat, susu tepung, kicap, sos, roti, ayam, daging, ikan, sayur, kentang, rempah ratus. Menu makanan adalah mengikut cadangan JKM.

Learn More

Pertubuhan Jagaan Kasih

[email protected]Email
pertubuhanjagaankasih.wordpress.comWebsite
+60194515938Phone Number
Established since 2017Year of Establishment
K/PJB KK 031/2017Registration Number
Lot 2544, Kg Rambutan, Mukim Padang Temak, 06300 Kuala Nerang, KedahAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati