Pada 17 Februari 1983 Mesyuarat Jawatankuasa Penaja yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah pada ketika itu Dato’ Hj. Muhamad Rashidi bin Mohamad Nor.

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Segamat (PKAYIS) telah ditubuhkan secara rasmi pada 15 Mei 1986 di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 1744/86 ( Johor ). Mula bergiat dengan membantu anak-anak yatim di sekolah-sekolah dengan meraikan mereka ini dalam majlis perjumpaan hari raya di peringkat Daerah Segamat.

Pada tahun 1991, PKAYIS menyewa sebuah rumah di No.41-B, Batu 1, Jalan Medoi, Kampung Jawa untuk menempatkan pelajar lelaki seramai 8 orang. Kemudian pada tahun 1994 ia telah berpindah ke bangunan Kelab Melayu, Jalan Awang, Segamat dengan pelajar lelaki seramai 20 orang.

Pada tahun 1996. PKAYIS telah mendapat kurnia dari Kerajaan Negeri Johor untuk mendirikan bangunan di Lot PTD 1138 KM5, Jalan Muar dengan kos RM1,025,373.90 melalui sumbangan derma orang ramai. PKAYIS beroperasi di bangunan baru bermula pada 01 Januari 1997 dengan kemudahan untuk menampung pelajar seramai 100 orang. Dewan Makan dan Surau pula telah didirikan pada April 2002 .

Pada 5 Jun 2002 Pendaftar Pertubuhan telah bersetuju menamakan kompleks pengurusan anak-anak yatim ini dengan nama DARUL SAADAH setelah mendapat pandangan daripada Mufti Kerajaan Johor.

MATLAMAT PERTUBUHAN

  1. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa bagi sejumlah anak-anak yatim yang termampu, dengan segala keperluan asas untuk penyediaan makanan, ruang belajar, pusat sumber pendidikan, surau, dewan perhimpunan, kawasan riadah, pejabat pentadbiran dan rumah-rumah anggota kerja.
  2. Mengadakan sejumlah anggota kerja tetap yang mencukupi bagi mentadbir dan menguruskan pertubuhan dan kompleks bangunannya secara cekap dan bertanggungjawab.
  3. Mengumpul dana yang selesa, secara berikhtiar dengan apa jua cara yang bermanfaat kepada pertubuhan dan diredhai Allah s.w.t untuk membiayai program-program dan kegiatan-kegiatan pertubuhan.
  4. Menentukan anak-anak yang disara oleh pertubuhan ini akan berjaya menjadi anggota masyarakat yang berpendidikan, berakhlak mulia dan dapat memberi sumbangan bermakna dan positif kepada masyarakat generasi mereka dan yang akan datang.

TUJUAN DAN MAKSUD

  1. Memberi perlindungan dengan mengumpul dan memelihara anak-anak yatim yang miskin dalam daerah Segamat.
  2. Mendidik dan memberi pelajaran kepada anak-anak yatim Islam dalam daerah Segamat yang miskin untuk memperbaiki nasib dan masa depan mereka.
  3. Memberi bantuan berupa material kepada anak-anak yatim Islam yang miskin dalam daerah Segamat.
  4. Memberi bantuan mengikut kadar yang mampu kepada pertubuhan yang berdaftar dan yang mempunyai tujuan dan maksud yang serupa.

Learn More

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Segamat

[email protected]Email
pkayis.orgWebsite
+607 9312 581Phone Number
+607 9311 581Phone Number
+607 9311 976 Fax Number
PPM-005-01-16051986Registration Number
KM 5, Jalan Muar, 85000 Segamat, Johor Address
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati