Matlamat kami
1. Matlamat Pertubuhan ialah mewujudkan kesempatan saksama dan penyertaan sepenuh orang buta dalam segala aspek masyarakat.

2. Tujuan Pertubuhan ialah menyediakan sumber dan perkhidmatan bagi pembangunan sosioekonomi orang buta di Malaysia khususnya:

(a) Meningkatkan dan membantu dalam pendidikan dan pemulihan orang buta dengan menyediakan kursus latihan dan khidmat sokongan.

(b) Meluaskan peluang pekerjaan dan menggalakkan keusahawanan di kalangan orang buta melalui bimbingan kerjaya dan penempatan pekerjaan.

(c) Mengadakan forum untuk pertukaran pandangan di kalangan orang buta serta menyuarakan pandangan mereka kepada badan-badan yang berkenaan dengan maksud mewujudkan dasar dan undang-undang yang mendorong kemajuan orang buta.

(d) Memupuk kesedaran tanggungjawab diri dan sikap positif di kalangan orang buta melalui program motivasi.

(e) Membekalkan kemudahan, alat bantuan atau barangan khas untuk orang buta termasuk penyediaan perkhidmatan dan maklumat untuk memperoleh dan menggunakan sumber tersebut.

(f) Menyediakan bahan bacaan dalam Braille, audio, tulisan besar, digital atau bentuk lain yang boleh diakses oleh orang buta.

(g) Menjalankan penyelidikan atas perkara-perkara bersangkutan dengan orang buta atau memberi kesan kepada mereka serta menyebarkan maklumat darihal cacat penglihatan.

(h) Memupuk tanggapan betul dan imej yang positif tentang orang buta di kalangan masyarakat umum melalui kempen kesedaran awam.

(i) Menggalakkan integrasi sosial serta membantu orang buta mengatasi diskriminasi di bidang pendidikan, pekerjaan atau akses.

(j) Mempromosikan persekitaran bebas halangan atas dasar akses sama rata dengan cara kempen dan khidmat nasihat.

(k) Menerima pemberian, wasiat atau warisan dalam apa jua bentuk untuk tujuan-tujuan Pertubuhan dan menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang.

3. Segala wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memejukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan ini.

Keahlian kami

Keahlian Pertubuhan terbuka kepada warga Negara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas dan ingin berkhidmat dalam Pertubuhan. Walau bagaimanapun, ahli tidak boleh melebihi sepuluh orang pada satu-satu masa dan sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli mestilah terdiri daripada OKU Penglihatan.

 

Learn More

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM)

[email protected] ; [email protected]Email
ppobm.org.myWebsite
+603-2274 1212Phone Number
+603-2272 1643Fax Number
PPM-005-07-08062003Registration Number
No. 21M, Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Brickfields. Kuala LumpurAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati