About
Rumah Bakti sedia menanggung anak-anak yatim dalam perkara-perkara berikut:
– Memberi pendidikan sempurna
– Menyediakan tempat penginapan yang selamat
– menyediakan makan/minum dan pakaian yang secukupnya
– meberi kasih sayang, asuhan, bimbingan dan juga keselamatan ke atas mereka.
– menentukan anak-anak yatim ini dapat berfungsi dan hidup berdikari di dalam arus pembangunan dan masyarakat semasa
– menyediakan peluang-peluang melanjutkan pelajaran setinggi mana yang layak untuk anak-anak berkenaan.
Rumah kebajikan bagi membantu anak-anak yatim yang miskin dan daif serta tiada keluarga telah ditubuhkan oleh sekumpulan aktivis masyarakat dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor. Pengambilan anak-anak yatim bermula pada tahun 1976 iaitu seramai 26 orang. Dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 5 Mac 1977. Jumlah anak-anak yatim diambil telah bertambah setahun ke setahun berikutnya sehingga kini pada tahun 2012, Rumah Bakti dihuni oleh seramai 74 orang yang berumur dari 9 hingga 17 tahun.
Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor
Dato’ Mohd Fahmi Bin Ibrahim Contact Person | |
[email protected]Email | |
rumahbakti.com.myWebsite | |
+603 42568 880Phone Number | |
+603 42514 811 Fax Number | |
Established since 1966Year of Establishment | |
50/66 (Selangor) Registration Number | |
KM11, Jalan Hulu Kelang 68000 Ampang, Selangor Address |