Pertubuhan PI3KUM adalah nama ringkasan bagi Pertubuhan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia sebuah badan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-029-10-09122013

Pertubuhan PI3KUM mengendalikan sebuah Pusat Jagaan dan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dan akta-berkaitan dengan nombor pendaftaran B/PJH-OKU-009/2016

Pertubuhan PI3KUM mempunyai objektif dan misi, yang antara lainnya untuk:

  • Menjaga kebajikan kanak-kanak kelainan upaya dalam pendidikan Islam di Malaysia.
  • Membantu ibubapa dan keluarga kanak-kanak kelainan upaya dalam mendapatkan pendidikan Islam.
  • Menggunakan pendekatan dan kaedah pendidikan, rawatan dan amalan Islam.
  • Mengutamakan penguasaan, hafazan dan amalan fardhu β€˜ain dan Al-Quran.
  • Meyakinkan masyarakat bahawa kanak-kanak kelainan upaya mempunyai potensi setanding dengan kanak-kanak normal yang lain.
  • Melahirkan bakal pelapis agamawan Islam berkelainan upaya sehebat Ibnu Ummi Maktum RA.

Pertubuhan PI3KUM sentiasa melaksanakan program-program bagi mencapai objektifnya yang tersebut di atas antara lain merangka silibus-silibus dan modul-modul dan menjalankan operasi harian bagi Kelas-kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), sesi pagi dan petang, bagi kanak-kanak kelainan upaya autism, down syndrom dsb, semenjak 2013.

Pertubuhan PI3KUM juga mengadakan program Kelas Amali, Latihan dan Hafazan Ayat-Ayat Al-Quran (ALHAQ) berdasarkan permintaan, buat ibu, bapa, penjaga, keluarga kanak-kanak kelainan upaya dan mana-mana orang ramai yang berminat menjadi penghafaz Al-Quran baik sebahagiannya atau keseluruhannya.

Pertubuhan PI3KUM juga sentiasa aktif mempromosikan dan melaksanakan Program Infaq Lillah satu program galakan menderma setiap masa bagi meraih dan mengumpulkan dana operasi pendidikan dan pengurusannya melalui sumbangan derma kepada yuran tambahan pelajar istimewa di sini untuk sepanjang tahun.

Pertubuhan PI3KUM sangat berbesar hati dan amat mengalu-alukan sumbangan para dermawan untuk menyumbang ke akaunnya di Bank Rakyat – 1105 5100 1391 atau CIMB Islamik – 860 2150 181 atau Maybank Islamik – 5624 0563 5086 atau menggunakan kad kredit melalui aplikasi Touch n Go dengan kod QR di bawah pada bila-bila masa sahaja.

Learn More

Pertubuhan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia

[email protected]Email
www.pi3kum.comWebsite
+60-3-2771 2124 (Pengerusi, Tn Hj Ahmad Rasyid bin Hj Ismail) Phone Number
+60-11-1223 2710 (Setiausaha, Dr Hjh Wan Rohaida binti Hj Wan Husain)Phone Number
PPM-029-10-09122013Registration Number
No. 3-2A, Jalan GJ2, Taman Gombak Jaya Batu 5 1/2, Jalan Gombak 53100 Gombak, SelangorAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati