Rumah Jannah (RJ) Perlis ditubuhkan untuk menyediakan kediaman yang selesa untuk :

  • anak-anak yatim
  • anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan / asnaf
  • anak-anak dari keluarga ibu / bapa tunggal
  • anak-anak yang mempunyai isu keluarga

VISI
Rumah Jannah Perlis berharap agar dapat membantu kanak-kanak ini menempuh kesusahan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pandai dan berdikari dalam memperoleh kecemerlangan akademik. Hanya dengan itu mereka akan dapat mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing dan berkhidmat pada masyarakat yang pernah membantu mereka.

MISI
Rumah Jannah Perlis menyediakan kediaman untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun di Perlis dan memastikan mereka menjalani :

  • kehidupan harian yang selesa
  • mendapat pendidikan
  • tempat tinggal, makan-minum,
  • kemudahan persekolahan dan
  • mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum seperti berenang, bermain badminton dan Taekwondo.

Mereka akan menghadiri sekolah bantuan kerajaan yang terdekat dan ditanggung :

  • yuran tahunan sekolah dan
  • wang saku sekolah
  • pengangkutan
  • Kanak-kanak akan balik ke rumah masing-masing semasa cuti persekolahan.

Rumah Jannah Perlis beroperasi dengan bantuan kewangan pengasas dan orang ramai dalam bentuk sumbangan untuk menampung kos perbelanjaan keseluruhannya termasuk:

  • sewaan kediaman
  • makan-minum
  • persekolahan
  • pembantu rumah RJ
  • yuran aktiviti kurikulum tambahan

Rumah Jannah Perlis mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menyumbang dengan menyalurkan terus ke:

​Akaun Pertubuhan Rumah Jannah Perlis Maybank : 5590-1232-7776 Swift Code: MBBEMYKL

Learn More

Pertubuhan Rumah Jannah Perlis

[email protected] ; [email protected]Email
www.rjperlis.orgWebsite
+60-18-467 4069Phone Number
+60-13-380 5481Phone Number
PPM-005-09-05062020Registration Number
5 & 6, Taman Kechor Jaya, Jalan Hospital, 01000 Kangar, PerlisAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati