Sejarah Penubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang Ialah Kira-Kira Hampir 42 Tahun Yang Lalu Iaitu Sekitar Tahun 70an Yang Mana Petubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Ketika Itu Telah Pun Berjaya Membuka Gelanggangnya Di Kelima-Lima Daerah Di Negeri Pulau Pinang Iaitu Di Sebelah Pulau, Di Daerah Barat Daya & Barat Laut Sementara Di Sebelah Tanah Besar Pula Di Daerah Seberang Perai Utara, Tengah & Selatan.

Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang Juga Mencipta Sejarahnya Yang Tersendiri Apabila Satu Majlis Penganugerahan Persalinan Tertinggi Kepada Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Pulau Pinang, Iaitu Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Sebagai “ULUL AMRI I” Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Penganugerahan Ini Sekali Gus Menyingkap Sejarah Lalu Bahawa Silat Lincah Pernah Mendapat Perkenan Dan Sokongan Dari Raja-Raja Melayu Seperti KDYMM Sultan Pahang, KDYMM Sultan Kedah, KDYMM Sultan Selangor Dan KDYMM Sultan Perak.

Pada Masa Kini Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang Sekali Lagi Mencipta Sejarah Yang Ulung Di Dalam Diarinya Apabila Penganugerahan Tertinggi Yang Diberikan Kepada Pemimpin Negara Iaitu Kepada YAB. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-5 Yang Merupakan Anak Jati Negeri Pulau Pinang. Anugerah Persalinan Tertinggi Dengan Gelaran “ULUL AMRI II” Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Selain Itu Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Pulau Pinang Mendapat Sokongan Padu Dari Semua Bangsa Apabila Penglibatan Orang Bukan Melayu Iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon Bekas Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang Yang Menjadikan Silat Lincah Sebahagian Dari Diri Beliau, Turut Menerima Penganugerah Tertinggi Ini. Maka Lengkaplah Perpaduan Dan Hubungan Erat Yang Menjadi Teras Kepada Pembinaan Perpaduan Yang Telah Terjalin Sekian Lama Di Malaysia Ini.

Learn More

Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang

Tuan Haji Chin bin HajeedContact Person
[email protected]Email
lincahpenang.blogspot.comWebsite
+6016-4622733Phone Number
Blok B-2-02, Taman Pantai Bersih, Bagan Ajam,13000 Butterworth, Seberang PraiAddress
Visit Us

 
All donations to Touching Hearts Welfare Society in Kuala Lumpur and Selangor are TAX-EXEMPT under sub-section 44(6) of the Income Tax Act 1967. Your generous support will directly benefit Hati’s operations and charity programs. Once your transaction is complete, please email [email protected] to request your tax-exemption receipt. If you would like your donation to support a specific Hati charity program, please specify the cause in the column below. Please note that Hati.my does not collect donations on behalf of other NGOs or organizations listed on our website. If you wish to donate to them, kindly contact them directly. Below is the mandatory information required for your receipt:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati