Notis dan Penyata Prinsip Pilihan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

 

Menyimpan data peribadi individu (“penderma dan penyokong”) secara selamat adalah keutamaan bagi kami semua di PERSATUAN KEBAJIKAN MENYENTUH HATI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (HATI.MY). Kami berharap Notis ini akan membantu anda memahami bagaimana kami mengendalikan data peribadi mengenai subjek data yang kami kumpulkan dan bagaimana subjek data boleh mengawal pendedahan data-data tersebut.

PERSATUAN KEBAJIKAN MENYENTUH HATI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (HATI.MY) tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Notis ini bertujuan untuk menggariskan hasrat kami untuk menyampaikan segala hak dan perlindungan, dan kelayakkan subjek data.

 

Keselamatan Maklumat Peribadi

Keselamatan data peribadi anda adalah keutamaan kami. Kami melindungi data ini dengan mengekalkan keselamatan secara fizikal, elektronik, dan tatacara yang memenuhi atau melebihi undang-undang yang sedia ada. Kami melatih kakitangan kami dalam pengendalian terbaik  data peribadi. Apabila kami menggunakan pihak lain untuk menyediakan perkhidmatan ini, kami akan memastikan mereka melindungi kerahsiaan data peribadi yang diterima oleh mereka.

 

Kategori data peribadi yang kami kumpul dan simpan

Perihal data peribadi yang kami kumpulkan, dan sumbernya, mungkin termasuk:

  • Data peribadi yang dikumpul dari permohonanatau dalam rupa bentuk lain seperti nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon peribadi, pekerjaan, jawatan, dan lain-lain.

 

Tujuan Mengumpul data peribadi anda:

Tujuan data peribadi dikumpul dan diproses bergantung kepada hubungan anda dengan kami dan/atau pembekal perkhidmatan kami. Maklumat peribadi anda mungkin digunakan bagi tujuan berikut: –

  • untuk memproses permohonan untuk aktiviti/agenda yang melibatkan derma dan barangan jualan
  • untuk mewujudkan hubungan antara anda dan kami dan/atau pembekal perkhidmatan kami
  • untuk pemprosesan data dan tujuan menganalisis
  • untuk pemasaran langsung dan tujuan telepemasaran
  • memberi khidmat kepada penderma dan penyediaan perkhidmatan dan produk kepada penderma, termasuk memproses resit dan pembayaran dan kad caj
  • untuk melayan pertanyaan daripada penderma
  • untuk tujuan lain sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang atau dengan kebenaran anda
  • penyimpanan rekod dalaman
  • bagi segala tujuan lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana yang tersebut di atas `

 

Pendedahan Data Peribadi Anda

Maklumat peribadi anda akan disimpan secara sulit tetapi data peribadi mungkin diperuntukkan kepada pihak ketiga yang menjalankan fungsi bagi pihak PERSATUAN KEBAJIKAN MENYENTUH HATI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (HATI.MY) bagi tujuan yang dinyatakan di bawah: –

 

  • Perolehan penderma
  • untuk memproses derma daripada Penderma
  • menyediakan data kepada pembekal Khidmat Pelanggan
  • menyediakan data kepada agensi-agensi Telepemasaran
  • Data yang digunakan untuk pengendalian surat-menyurat/mengepos secara pukal/agensi mel elektronik
  • menyediakan data untuk pembekal sistem Pangkalan Data
  • menyediakan data untuk pembekal e-perniagaan
  • menyediakan data untuk agensi pembayaran Atas Talian
  • Data yang diproses untuk platform Crowd-funding
  • menyediakan data untuk pembekal perkhidmatan SMS
  • Data yang disediakan kepada agensi-agensi pemasaran langsung
  • Data yang digunakan untuk memproses sumbangan melalui gaji bulanan
  • kepada mana-mana ahli sekutu kami di dalam dan di luar Malaysia yang berkaitan dengan PERSATUAN KEBAJIKAN MENYENTUH HATI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (HATI.MY)
  • untuk mana-mana ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan, komunikasi, penjelasan atau sistem pembayaran
  • bank perantara yang kami atau sekutu kami mungkin gunakan yang berkaitan dengan perniagaan kami atau sekutu kami; kepada ahli sekutu kami dan pihak terpilih untuk tujuan memaklumkan tentang produk atau perkhidmatan yang kami percaya akan menarik minat anda;
  • mendedahkan kepada pihak yang kami atau ahli sekutu kami mengikut peruntukkan undangundang, mahkamah, pengawal selia atau proses undang-undang untuk didedahkan kepada pihak sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia.

 

Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga yang dibenarkan. Kami menyediakan perkhidmatan melalui pihak ketiga. “Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga” melaksanakan fungsi bagi pihak kami, seperti menghantar dan mengedarkan mel pentadbiran dan promosi, e-mel atau mesej teks. Kami mungkin berkongsi Maklumat Pengenalan Peribadi anda dengan Pembekal Perkhidmatan untuk memproses derma, memenuhi permintaan, menyampaikan pakej, menghantar bahan-bahan pos atau e-mel, melaksanakan aktiviti pemasaran langsung atau panggilan, mentadbir pertandingan, mengalih maklumat ulangan pada senarai pelanggan, menganalisis data, memberikan bantuan pemasaran, menyediakan hasil carian dan pautan, memproses pembayaran kad kredit, mengendalikan Laman Sesawang, menyelesaikan masalah, dan menyediakan perkhidmatan pelanggan. Kami juga mungkin mengumpul maklumat peribadi daripada individu dan syarikat (“Ahli Sekutu”) dengan pihak yang mempunyai hubungan perniagaan dengan kami dan mungkin berkongsi maklumat anda dengan Pembekal Perkhidmatan untuk mencapai tugastugas pentadbiran kami. Sebagai contoh, apabila anda menderma, kami membekalkan maklumat kad kredit anda kepada bank yang mengeluarkan kad untuk mengesahkan pembayaran untuk perkhidmatan dan, jika diperlukan, memberikan alamat anda. Kami menggalakkan Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga untuk menerima pakai dan menyiarkan dasar privasi. Walau bagaimanapun, penggunaan Maklumat Pengenalan Peribadi anda dengan pihak-pihak ini tertaklukditadbir oleh dasar privasi pihak itu dan tidak tertakluk kepada kawalan kami.

 

Kami mungkin berkongsi maklumat anda untuk Perlindungan kami dan Perlindungan Orang Lain. Kami mempunyai hak untuk mendedahkan maklumat peribadi anda seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan apabila kami percaya pendedahan perlu untuk melindungi hak-hak kami dan/atau mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah, atau proses undang-undang diserahkan melalui Laman Sesawang kami; penguatkuasaan dan penggunaan Dasar Privasi ini, Terma Penggunaan laman sesawang kami atau perjanjian lain; atau melindungi hak, harta atau keselamatan Laman Web, Pengguna atau orang lain.

 

Hak Anda

  1. Hak untuk meminta akses kepada data peribadi

Anda berhak untuk meminta akses kepada data peribadi anda yang diproses oleh kami dengan notis bertulis yang munasabah dan kami akan memprosesnya dalam tempoh 14 hari bekerja.

  1. Hak untuk memohon pembetulan data peribadi

Anda berhak untuk meminta pembetulan data peribadi anda yang ada pada  kami dengan notis bertulis yang munasabah. Dengan ini, anda boleh:

  1. meminta pembetulan dan/atau pengemaskini data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau luput; dan
  2. meminta agar kami menyimpan data peribadi anda  selama diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan di atas.

 

Aduan dan Pertikaian

Jika anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa kami telah melanggar prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam notis ini, kami menggesa agar anda untuk menghubungi  kami.

 

Keutamaan Privasi anda dan Bagaimana Menghubungi Kami:

Sila maklum bahawa kami akan melindungi data peribadi anda tidak kira apa jua pilihan privasi anda.

Jika: (a) anda inginkan maklumat lanjut, atau ingin mengemukakan sebarang pertanyaan khusus atau  umum mengenai PERSATUAN KEBAJIKAN MENYENTUH HATI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (HATI.MY) dan Notis ini; atau (b) jika anda tidak ingin kami atau pihak-pihak lain untuk menyampaikan maklumat PERSATUAN KEBAJIKAN MENYENTUH HATI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (HATI.MY) kepada anda, anda boleh: –

hubungi telefon pejabat kami di talian +6 012 5577 821; atau

e-mel kepada kami di [email protected]; atau

menulis kepada kami. Sila alamatkan surat anda kepada: –

PERSATUAN KEBAJIKAN MENYENTUH HATI KUALA LUNMPUR DAN SELANGOR (HATI.MY)   Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman pada notis ini di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati