Siapa kami
Persatuan Pegawai Pembangunan Masayarakat (Perubatan) Malaysia [PPPM(P)M] telah menagmbil inisiatif menubuhkan pusat jagaan sementara (perantaraan) khusus bagi mengendalikan kes-kes terdampar di hospital-hospital kerajaan kerap menjadi masalah kepada pengurusan hospital khususnya kepada Pegawai Keja Sosial Perubatan. Kesukaran mendapatkan penempatan bagi pesakit-pesakit terdampar yang telah di caj dari wad telah membawa kepada idea penubuhan penempatan sementara ini yang dikenali sebagai Pusat Jagaan Nur Hasanah.

Menyedari hakikat bahawa satu fungsi pegawai kerja perubatan adalah membantu pesakit-pesakit yang bermasalah penjagan dan penempatan maka Pusat Jagaan Nur Hasanah telah diwujudkan pada September 2006 bagi menyediakan penempatan sementara. Fenomena ini semakin meningkat seiring perkembangan dan kepesatan pembangunan telah memperlihatkan bahawa pendekatan ini perlu diberi perhatian serius dengan mengambil kira pelbagai aspek emosi, sosial, ekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan (support)keluarga. Masyarakat perlu memainkan peranan mereka bagi membantu golongan ini dalam bentuk dana dan khidmat sosial.

Objektif kami

Menyediakan penempatan sementara (maksimum enam bulan) bagi kes-kes terdampar lelaki seperti berikut :

1. Pesakit terdampar tanpa waris.
2. Muallaf (saudara baru)
3. Warga emas
4. Orang kurang upaya

Keperluan kami

Kos penyelenggaraan bulanan rumah itu ditampung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian yang berjumlah RM17,950.42 sebulan untuk 20 orang penghuni.

Learn More

Pusat Jagaan Nur Hasanah

Mohiadin BahadoContact Person
pusatjagaan-nurhasanah.blogspot.com/Website
+603 8766 8100Phone Number
+603 8766 8100Fax Number
Established since 2006Year of Establishment
Lot 842, Lorong Dato' Dagang Haji Tahir, Kg. Sesapan Kelubi, 43700 Beranang, Selangor. Address
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. For those donating to Project PPEs for East Malaysia Hospitals, kindly mentioned 'PPE' in the 'cause of donation' column below. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati