MISI

1. Untuk memberi perlindungan dan tempat untuk berteduh kepada kanak-kanak yang kematian ibu bapa (anak yatim), kanak-kanak yang terabai, yang didera oleh ahli keluarga ataupun telah diabaikan oleh waris terdekat serta kanak-kanak yang cacat. 

2. Bagi memberi pendedahan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang terabai, kanak-kanak yang didera, dan cacat tentang kemahiran pengurusan diri,kemahiran kerja untuk masa depan mereka. 

3. Untuk menyediakan mereka kepada kekuatan rohani dan jasmani serta kekuatan mental bagi menghadapi kehidupan di masa depan dengan aktiviti kerohanian dan pendidikan yang baik. 

4. Untuk mengendalikan, mendidik, dan melengkapi kanak-kanak ini dengan kemahiran hidup bermasyarakat serta menyesuaikan diri dengan komuniti setempat.

PENGENALAN
Persatuan Kebajikan kanak-kanak Jiwa Kehidupan, Jempol adalah rumah kebajikan bagi anak-anak yatim, kanak-kanak yang terabai, kanak-kanak yang di dera, dan kanak-kanak yang disisihkan daripada kelurga mereka. Rumah kebajikan ini ditubuhkan bagi menyediakan dan memberi perlindungan kepada kanak-kanak ini dari kemiskinan, kemunduran serta tiada tempat untuk berlindung. Rumah Kebajikan kanak-kanak Jiwa Kehidupan, Jempol ini merupan badan bukan kerajaan dan menanggung segala perbelanjaan sendiri serta bergantung kepada derma dari orang ramai.

LATAR BELAKANG
Pada tahun15/06/2006 pengasas kami Mother Francesca Varges telah memulakan rumah kebajikan ini dengan memberi tempat berteduh kepada11 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak miskin dan terabai, anak-anak yatim, mangsa dera di sebuah rumah teres dialamat No 2, Taman kwang Hup,72100 Bahau N.S. Kanak-kanak ini datang dari berbagai latar belakang yang telah dihantar oleh individu serta organisasi yang mempunyai objektif yang sama bagi melindungi kanak-kanak ini. Melihat kepada peningkatan serta penambahan bilangan kanak-kanak, kami memutuskan untuk mencari tempat yang lebih besar bagi kemudahan dan keselesaan kanak-kanak tersebut. Bermula di sinilah, organisasi kami mencari penderma serta sumbangan bagi merealisasikan visi kami untul mencari tempat yang lebih besar dan selesa. Kerana itulah, sebuah banglo dialamat No 5 Taman Jempol,72100 Bahau,N.S telah disewa bagi memuatkan seramai 22 orang kanak-kanak yang terdiri daripada kanak-kanak perempuan. Dalam tahun 2009 selepas berbagai dugaan dan rintangan di hadapi, akhirnya Mother Francesca dapat menjalankan rumah ini dengan sendiri. Bersyukur kepada Tuhan kerana melancarkan serta memudahkan segala pengurusan serta memberikan manusia yang berhati mulia dari berbagai organisasi, badan keagamaan, individu dan badan korporat yang memberi derma serta sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun barang-barang kemudahan kanak-kanak ini.

AKTIVITI
Sesi Kaunseling serta Sokongan Moral
Sesi kaunseling kanak-kanak bertujuan membantu kanak-kanak ini membina corak pemikiran serta sikap yang positif dalam kehidupan mereka untuk menguatkan serta menonjolkan diri mereka.Ia tidak melibatkan cara membuat keputusan untuk kanak-kanak, kepercayaan serta agama. Oleh itu, kami menyediakan kaunseling daripan badan bukan professional yang memahami penderitaan mereka. Pendidikan Kami menyediakan guru yang berbesar hati menjadi sukerelawan to menjaga Kanak-kanak ini. Kanak-kanak yang bersekolah akan di hantar ke Sekolah-sekolah Kebangsaan dan apabila tamat sesi persekolahan, mereka akan di awasi serta dibantu untuk menyiapkan kerja sekolah dan untuk peperiksaan. Bagi kanak-kanak yang kecil telah didedahkan dengan video pendidikan. Kelas Musik dan Seni Selain akademik, kami juga menberikan kelas musik dan seni kepada kanak-kanak ini. Ini akan memberikan kemahiran serta ilmu pengetahuan bagi masa depan mereka. Kemahiran Kehidupan Seharian Walaupun kanak-kanak ini datang dari berbagai latar belakang, kami sentiasa memastikan mereka mempunyai kemahiran dalam menjalankan hidup seharian seperti mencuci, memasak, berkebun dan sebagainya. Ini amat penting bagi memastikan mereka boleh berdikari sejak kecil lagi. Ini memberikan mereka pengetahuan tentang kepimpinan.

AHLI JAWATANKUASA:
Yang Di Pertua/ Pengasas :Francesca a/p Varges
Naib Di Pertua :Saroja a/p Sithanadan
Setiausaha :Anne Angeline Cruz
Pembantu Setiausah : Santi a/p Subramanaiam
Bendahari :Vignaswary a/p Sotorogono
Sukerawan :Chong Mei Ling :Yen Tai Thai

KOS PERBELANJAAN SEBULAN :
Perbelanjaan RM Bil Utiliti 550.00
Petrol 500.00
Makanan 2500.00
Senggaraan Kenderaan 300.00
Bil Telefon 130.00
Elaun kanak-kanak 100.00
Elaun Pembantu 1000.00
Perubatan 50.00
Senggaraan rumah 300.00
JUMLAH RM 5,400.00

Learn More

Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Jiwa Kehidupan

breadoflife-bahau.blogspot.comWebsite
+606-4545714Phone Number
+60166404215 ; +6012-6771399Phone Number
N/PJB KK 12/2016Registration Number
NO. 5, TAMAN JEMPOL, 72100 Jempol, Negeri SembilanAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati