Pusat Jagaan Titian OKU Nur (Oku Nur) ini beralamat di No. 78, Jalan Sentosa, Kampung Melayu Batu 16, 48000 Rawang Selangor. Oku Nur diasaskan sejak lebih 10 tahun lalu dan tujuan utama adalah untuk menjaga warga tua dan orang OKU.

Oku Nur menempatkan lebih 90 penghuni terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak berumur antara lapan bulan hingga 97 tahun. Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang dan mempunyai masalah tersendiri. Ada yang mengalami kecacatan seperti lumpuh, sindrom Down dan terencat akal. Ada juga mereka yang dari kalangan warga emas uzur yang menghidap pelbagai penyakit seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi

Selain dari kesabaran yang tinggi untuk menguruskan mereka yang pelbagai karenah, dana kewangan juga adalah salah satu daripada cabaran yang perlu dihadapi pihak Oku Nur. Kos sewa premis, rawatan, lampin pakai buang dan banyak lagi keperluan lain terpaksa ditanggung. Buat masa ini pihak Oku Nur hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang prihatin dengan nasib penghuni di sini.

Learn More

Pusat Jagaan Titian OKU Nur

[email protected]Email
pusatjagaanokunur.comWebsite
+60126731816Phone Number
+603-40214791Phone Number
PPM-001-14-27022012Registration Number
78, Jalan Sentosa, Kampung Melayu Batu 16, 48000 Rawang SelangorAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati