Founded by the Badan  Nadwah  Islamiah Pahang, Rumah Anak-anak Yatim Permata Camar was established on the 28th of February 2004. Currently caring for 39 boys aged 8-15 years old, Permata Camar is located at Lot 9015 dan Lot 2196 Lorong Cempaka 1, Kg Cempaka Mukim Penor, 25150 Kuantan, Pahang.  The home receives funds from corporate companies and organises a “Penjualan Wakaf” to pay for the cost of their new building.

For more information, please contact 09-5341320 / 5341307.

Penubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin Nadwah (PERMATA CAMAR) telah diilhamkan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH) pada tahun 2002. NADWAH adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (No. Pendaftaran : 585). Aktiviti utama kami ialah menjalankan dakwah bil hal (dakwah dengan perbuatan). Antara aktiviti tersebut adalah mengendalikan Pusat Hemodialisis Islam Makmur (PHIM) dan Penempatan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nadwah – Permata Camar.

PERMATA CAMAR telah beroperasi sepenuhnya mulai 28 Febuari 2004 dengan menyewa 3 unit rumah berkembar di Taman Berjaya Permai, Kempadang, Kuantan. Seramai 5 orang anak-anak telah diambil sebagai kumpulan pertama penempatan ini.

Pada tahun 2006, seorang hamba Allah telah sudi mewakafkan sebidang tanah seluas 2.05 ekar bagi tujuan pembinaan sebuah kompleks yang lengkap. Operasi PERMATA CAMAR telah berpindah ke tanah wakah ini pada 26 Disember 2006. PERMATA CAMAR telah membeli tanah bersebelahannya pada tahun 2008 dan hasilnya telah menjadikan keseluruhan kompleks ini berkeluasan 4.36 ekar.

Bilangan penghuni juga telah bertambah secara berperingkat-peringkat dan bilangan penghuni pada masa ini (01 Oktober 2016) adalah seramai 40 orang. Seramai 106 orang anak-anak yatim piatu, yatim dan miskin telah menetap di bawah jagaan PERMATA CAMAR semenjak ditubuhkan sehingga akhir tahun 2016.

PEMBIAYAAN
Jawatankuasa PERMATA CAMAR amat berbesar hati mempelawa semua pihak untuk menyumbang bagi membangunkan Kompleks Permata Camar dengan mana-mana kaedah berikut.
i. PEMBIAYAAN ATAU PENAJAAN SEPENUHNYA KOS PEMBINAAN mana-mana unit bangunan yang dirancang. Pihak Jawatankuasa bersetuju jika pihak yang menaja ingin menamakan bangunan yang ditaja mengikut kemahuannya seperti nama badan korporat atau nama keluarga atau sebagainya.
ii. MEMBEKALKAN BAHAN BINAAN seperti atap, simen, pendawaian dan lain-lain mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
iii. MENAJA PEMBELIAN PERABOT seperti katil, almari, mesin basuh dan lain-lain.
iv. MEMBELI SIJIL WAKAF bernilai RM20 setiap satu atau sebarang jumlah yang dihajati.
v. MENERIMA APA-APA SUMBANGAN untuk tujuan pembiayaan umum PERMATA CAMAR.
vi. SUMBANGAN WANG RINGGIT daripada pihak tuan boleh dibuat dengan cara mengirim cek/ wang pos/ draf bank yang di buat atas nama PERMATA CAMAR atau pun terus ke akaun PERMATA CAMAR.

(Akaun Pembangunan)
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 0601-9010-0698-49
WANG SYUBHAH (contoh : pendapatan dari sumber yang diragui, faedah/interest bank atau seumpama dengannya). Wang tersebut juga boleh disalurkan kepada PERMATA CAMAR bagi tujuan umum seperti membina jalan, laluan pejalan kaki, longkang, tandas, dan kegunaan umum yang lain.

Sumbangan ini pula hendaklah dibuat khusus atas nama :
TABUNG MASLAHAH AMMAH NADWAH.
MAYBANK 5560-1101-5418

Untuk tujuan ini, sila hubungi ;
1. En. Ismayatim Ibrahim (Bendahari ) – 019-921 3253
2. En. Abdul Rahman Abdullah (Ketua Pegawai Operasi) – 012-945 7300
3. En. Idris Abu Seman (Penyelaras) – 013-202 5544

Rumah Anak-Anak Yatim Permata Camar

[email protected]Email
+609 5341 320Phone Number
+609 5341 307Phone Number
C/P JB KK 025/2017Registration Number
Lot 9015 dan Lot 2196 Lorong Cempaka 1, Kg Cempaka Mukim Penor, 25150 Kuantan, PahangAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati