Sejarah Penubuhan

Rumah Bakti Al Kausar ini diilhamkan oleh jawatankuasa bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan ini terdapat ramai anak anak yatim dan miskin, maka satu Jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini.

Setelah mendapat kata sepakat, maka pada 17hb Sept 2011, Jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan AL Kausar Bangi Selangor dan menamakan rumah anak yatim dan miskin ini dengan nama Rumah Bakti Al Kausar.

Pertubuhan ini telah mendapat pengiktirafan pada dari Pendaftar pertubuhan pada 10hb October 2011 dengan No. Pendaftaran: 4491-11-SEL. Setelah itu, sebuah rumah telah disewa bagi menempatkan semua anak-anak ini. Sehingga hari ini seramai 24 orang anak-anak yatim dan miskin, telah ditempatkan di rumah ini.

Bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan.

Objektif

Matlamat utama penubuhan Rumah Bakti ini adalah untuk membantu anak2 yatim/piatu daif dan fakir miskin serta tiada keluarga dan bersedia untuk menanggung mereka di dalam perkara-perkara berikut

1.Memberi pendidikan dunia dan akhirat yang sempurna.

2.Menyediakan tempat penginapan yang selamat dan selesa.

3.Menyediakan makan / minum dan pakaian yang secukupnya.

4.Memberi kasih sayang, asuhan, bimbingan dan juga keselamatan ke atas mereka.

5.Menentukan anak2 yatim/piatu dan fakir miskin ini dapat berfungsi dan hidup berdikari didalam arus pembangunan dan masyarakat semasa yang semakin mencabar.

6.Menyediakan peluang2 melanjutkan pelajaran setinggi mana yang layak untuk anak-anak berkenaan

MAKLUMAT BANK

NAMA AKAUN: PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR

BANK: MAYBANK ISLAMIC

NO. AKAUN: 5628 3461 5590

Learn More

Rumah Bakti Al Kausar Bangi

[email protected]Email
alkausar-bangi.comWebsite
+603-89222061Phone Number
+6012-6439878 (Pengerusi - Hj. Razali) ; +6019-3537649 (Warden En. Airol)Phone Number
B/PJB KK 009/2018Registration Number
No. 17, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, SelangorAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati