Rumah Bakti Nur Ain adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 di bawah nama Pertubuhan Kebajikan Nur Ain. Ianya didaftarkan pada 25 Februari 2014.
Rumah Bakti Nur Ain ini menyediakan kemudahan tempat tinggal bagi anak-anak yatim dan setakat ini menempatkan 25 orang anak-anak yatim dari seluruh Malaysia, yang terdiri diri tiga perempuan dan selebihnya lelaki.
Rumah Bakti ini bukan sahaja memberi penempatan kepada anak-anak yatim malah turut menyediakan keperluan akademik buat anak-anak yatim. Kami berusaha mendidik mereka dari segi akademik dan agama supaya menjadi insan yang bukan sahaja berjaya dalam kehidupan malah berguna kepada agama, bangsa dan Negara tetapi dalam masa yang sama tidak melupakan adab budaya kesopanan serta berakhlak mulia.
Sebagai sebuah badan persendirian, Rumah Bakti tidak mendapat pembiayaan tetap dari mana-mana pihak, oleh itu, kami memohon sumbangan ikhlas dari tuan, puan untuk membantu meringankan beban bagi pihak Rumah Bakti ini demi kepentingan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik ini.
OBJEKTIF
Memberikan perlindungan, bimbingan, pendidikan kepada anak-anak yatim.
Melahirkan generasi anak yatim yang seimbang antara tuntutan rohani dan jasmani.
Menjadikan generasi Muslim yang bukan sahaja berilmu dan beramal malah mengimplikasikannya kepada masyarakat umum.
Melahirkan generasi Muslim yang berketerampilan dan berkarisma dalam semua bidang yang diceburi.
MATLAMAT
Melahirkan anak-anak yatim yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segala sudut sama ada mental, fizikal dan rohani.
Sumbangan:
PERTUBUHAN NUR AIN BANGI SELANGOR
Maybank Islamic | 562834629667
BSN | 1000141000056920
Learn MoreRumah Bakti Nur Ain Bangi
[email protected]Email | |
rumahbaktinurain.wixsite.com/rumahbaktinurainWebsite | |
+603-892 005 32Phone Number | |
+6013- 388 3261Phone Number | |
Established since 2014Year of Establishment | |
PPM-125-10-25022014Registration Number | |
No.10 Jalan 2/4H Seksyen 2 Bandar Baru Bangi 43650 Bangi, SelangorAddress |