RKKTAF, Kuantan ditubuhkan pada 1 November 1963 dan dibuka secara rasminya pada 17 Mac 1964 oleh KDYTM Sultan Pahang pada masa itu Al- Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatudin al-Muadzam Shah.
Insitusi ini mempunyai 11 ekar dan kini menampung seramai 164 orang
kanak-kanak dari berbilang bangsa dan keturunan. Dari jumlah itu, seramai 57 orang kanak-kanak lelaki dan 107 orang kanak-kanak perempuan.
MATLAMAT PENUBUHAN
• Untuk menjamin / memberi jagaan gantian yang menggalakkan pertumbuhan jasmani dan mental yang sihat.
• Kemasukan ke RKK sebagai tindakan terakhir
• Penempatan di RKK adalah satu tempoh sementara
KUMPULAN SASAR
• Kanak-Kanak Yang Terbiar
• Kanak-Kanak Yang Menjadi Mangsa Pengabaian / Penderaan
• Kanak-Kanak Yang Terlantar atau Ditinggalkan oleh Ibu Bapa
• Anak-Anak Yatim / Yatim Piatu
• Anak-Anak Tak Sah Taraf
• Anak-Anak Pesakit
• Anak-anak Orang Dalam Tahanan / Banduan
Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah
+609 5602 021 Phone Number | |
+609 5667 866Phone Number | |
+609 5681 604Fax Number | |
Established since 1964Year of Establishment | |
Alor Akar, 25250, Kuantan, PahangAddress |