Objektif umum

Rumah Tunas Harapan (RTH) adalah rumah kanak-kanak sistem berkeluarga yang berperanan member jagaan, perlindungan dan kasih sayang dalam suasana sebuah keluarga kepada kanak-kanak yang tidak dapat hidup bersama ibu bapa/ keluarga kandung.

Konsep

RTH merupakan satu inovasi dalam penjagaan kanak-kanak yang tiada keluarga kandung dengan menempatkan 8 hingga 10 orang kanak-kanak dalam sebuah rumah biasa yang lebih kondusif, berbanding meletakan mereka di Rumah Kanak-kanak sedia ada. Mereka diberi penjagaan dan perlindungan oleh penjaga yang telah dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai ibu bapa pelihara mereka. Disamping berpeluang membesar dalam suasana kekeluargaan, mereka dididik mengikut kepercayaan agama dan budaya masing-masing.

Sejarah awal

Rumah Tunas Harapan pertama telah dibina pada tahun 1988   di atas sebidang tanah rizab kebajkan seluas 12 ekar, pemberian daripada kerajaan Negeri Selangor. Kos pembinaan bagi 4 unit rumah sebanyak RM300,000 telah ditaja oleh Syarikat Amway (M) Sdn. Bhd. 10 orang kanak-kanak telah ditempatkan bersama satu keluarga pelihara di setiap rumah. Pada tahun 1998, 2 unit tambahan telah dibina menjadikan keseluruhan sebanyak 6 unit Rumah Tunas Harapan dan dinamakan Rumah Tunas Harapan (RTH) Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor.

Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi

Cik Sit Bin Ching Contact Person
+609 6669 744Phone Number
Seberang Takir, Kuala Terengganu, Kg Teluk Ketapang 21300 Kuala Terengganu, TerengganuAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati