Tax Exemption

Yayasan Prihatin Insan (YPI) adalah sebuah Yayasan yang sentiasa aktif menganjurkan aktiviti berbentuk kebajikan, pendidikan dan misi bantuan kemanusiaan..

Bertemakan slogan “Anda Memberi Kami Menyampaikan”, YPI komited melaksanakan program kebajikan, pendidikan dan misi bantuan kemanusiaan terhadap anak-anak yatim, ibu tunggal, OKU, golongan fakir dan miskin serta mereka yang memerlukan.

YPI juga sentiasa berusaha untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan badan-badan kebajikan daripada sektor kerajaan, swasta dan NGO bagi memperluaskan aktiviti kebajikan sekaligus mencapai Visi dan Misi YPI.

YPI diterajui oleh golongan profesional dalam bidang kejuruteraan, perubatan, undang-undang dan korporat. Integrasi sinergi daripada kepelbagaian bidang dan kepakaran setiap Ahli Lembaga Pemegang Amanah menjadikan YPI sebagai yayasan yang mampu merangka dan menyusun aktiviti kebajikan, pendidikan dan kemasyarakatan dengan lebih kreatif dan efektif.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah terdiri daripada:

  1. Dr. Hj. Muhamad Azrin bin Omar @ Nawi, Doktor Perubatan (Pengerusi)
  2. Sr. Tn. Hj. Ishak bin Ismail, CEO IM Global
    https://www.facebook.com/ishakimglobal
    https://www.facebook.com/azrin.omar
  3. Ir. Hj. Ismail bin Abd. Rahman, Jurutera Awam
    https://www.facebook.com/ismail.abdrahman
  4. Tn. Hj. Abdul Murad bin Long Nordin, Ahli Perniagaan
  5. Mej. (B) Raja Lope Ahmad bin Raja Mansor, pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

YPI mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama strategik daripada semua pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO) serta semua badan kebajikan bagi memperluaskan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

Setiap sumbangan yang diterima layak mendapat pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun:
YAYASAN PRIHATIN INSAN
No. Akaun Maybank Islamic: 5647 9910 6040
No. Akaun CIMB Islamic: 860 263 1618
(Maklumkan kepada talian utama YPI 013-366 0599)

Learn More

Yayasan Prihatin Insan

[email protected]Email
ypi.onpay.myWebsite
+60 13-366 0599Phone Number
0429356URegistration Number

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati