Siapa kami

Kembalinya Allahyarham Tun Abdul Razak (Memorial Tun Razak) ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 mengejutkan semua pihak kerana tiada siapa tahu penyakit yang dihidapi beliau. Ramai berpendapat bahawa cara terbaik untuk mengenang jasa Tun ialah dengan menubuhkan sebuah yayasan yang boleh menyambung dan meneruskan perjuangan murni beliau. Justeru, pada 20 Februari 1976, di satu majlis anjuran akhbar ‘The New Straits Times’, sebuah yayasan telah dilancarkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Yang Amat Arif Tun Mohamed Suffian, Ketua Hakim Negara ketika itu dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak yang pertama. Dalam masa sama, beberapa institusi lain turut dirancang dan ditubuhkan dengan tujuan yang sama. Untuk mengelakkan kekeliruan serta salah faham, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan pada Mac 1976 untuk menyatukan institusi-institusi berkenaan. Justeru, pada Julai 1976, satu rang undang-undang telah diluluskan oleh Parlimen dan seterusnya diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 28 Oktober 1976. Rang Undang-undang tersebut dikenali sebagai Akta Yayasan Tun Razak.

Objektif kami

  • Untuk mengekalkan nama baik Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak;
  • Untuk mencapai hasrat dan mengekalkan jasa baik Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak;
  • Untuk menanam dan menggalakkan saling persefahaman antara kumpulan-kumpulan kaum dan manusia;
  • Bagi menggalakkan keamanan dan persefahaman antara bangsa-bangsa; dan
  • Untuk memperbaiki taraf pendidikan dalam semua lapangan dan meninggikan taraf kehidupan rakyat.

Aktiviti kami

1) Anugerah Tun Abdul Razak
Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan yang telah memberi sumbangan cemerlang terhadap pembangunan negara selaras dengan objektif penubuhan Yayasan Tun Razak. Tiga kategori anugerah disediakan iaitu Anugerah Antarabangsa, Anugerah Kebangsaan dan Anugerah Pertubuhan. Setiap penerima akan dianugerahkan dengan sebutir pingat bersalut emas berukir wajah Tun Abdul Razak, sekeping sijil penghargaan dan sejumlah wang tunai yang ditentukan oleh Lembaga YTR.

2) Anugerah Tun Abdul Razak Kepada Pelajar Terbaik Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah ini merupakan anugerah tahunan yang mula diperkenalkan pada tahun 1995 yang dianugerahkan kepada pelajar terbaik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dipilih oleh Senat UKM. Anugerah diberi untuk memperingati Tun Abdul Razak sebagai Canselor Pertama UKM. Setiap penerima akan dianugerahkan dengan sebutir pingat bersalut emas dengan ukiran wajah Tun Abdul Razak, sekeping sijil penghargaan dan sejumlah wang tunai yang ditentukan oleh Lembaga YTR.

3) Program Kepimpinan Tun Razak (PKTR)
PKTR adalah aktiviti tahunan yang telah diadakan sejak 1993 untuk lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang akademik, ko kurikulum dan telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan unggul. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan dalam usaha untuk melahirkan generasi pelapis kepimpinan.

4) Penerbitan Buku & Video Dokumentari
Projek penerbitan buku-buku tentang Tun Abdul Razak dimulakan pada 1995 bertujuan memperkenalkan Allahyarham Tun sebagai tokoh pemimpin ulung kepada generasi muda terutama kepada mereka yang lahir selepas tahun 1976 dan bagi menghargai jasa Allahyarham Tun. Buku-buku yang diterbitkan adalah :-

Tun Razak : Jejak Bertapak Seorang Patriot
Tun Razak : Profile of a Patriot

YTR juga menerbitkan video dokumentari iaitu ‘Life & Times of Tun Abdul Razak’ dan ‘Mengenang Kembali Tun Abdul Razak’.

5. Syarahan Tun Razak
Syarahan Tun Razak merupakan platform perbincangan intelektual bagi membolehkan tokoh-tokoh membincangkan sesuatu isu yang dipilih merangkumi isu-isu ekonomi, sosial dan antarabangsa.

6. Aktiviti Bagi Mengenang Jasa Tun Abdul Razak
Tun Razak : A Personal Portrait
YTR dengan kerjasama pelbagai pihak menjalankan aktiviti-aktiviti bagi membolehkan masyarakat menghayati dan mengenang kembali jasa serta pengorbanan besar Allahyarham Tun kepada tanah air.

7. Program Kebajikan dan Tanggungjawab Sosial
Sumbangan kepada badan kebajikan, rumah anak yatim, golongan miskin, masyarakat orang asli dan mangsa bencana turut dihulurkan melalui aktiviti CSR yang dijalankan bersama Ahli-Ahli Alumni YTR.
Tun Razak : Potret Dalam Kenangan
Tun Razak’s Role in Malaysian Development
Biografi Tun Abdul Razak-Patriot dan Negarawan

Learn More

Yayasan Tun Razak

[email protected]Email
www.yayasantunrazak.org.myWebsite
+603 2094 4089Phone Number
+603 2694 9320 Fax Number
Established since 1976Year of Establishment
Level 15, 1 First Avenue, One Utama, Petaling Jaya, 47800 Kuala LumpurAddress
Visit Us

 
Every donation goes to Touching Hearts Welfare Society, Kuala Lumpur and Selangor and is exempted from tax under sub-section 44(6) of Income Tax Act 1967. Hati.my does NOT collect donations on behalf of other NGOs. Kindly email [email protected] after your transaction is successfully completed to receive a receipt. The receipt will feature the following fields:
?
?
?
I have read the privacy policy and refund policy statements.
hati